SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG
Overview
- Category: Jobs
- Featured: Normal
- Package: Combo (Default)
- E-mail: espanp2.pahang.gov.my
Description
PERMOHONAN UNTUK PENGISIAN JAWATAN KOSONG
DI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) mempelawa Warganegara Malaysia terutamanya Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Darul Makmur.
- Permohonan secara dalam talian (online)
i) Permohonan secara dalam talian (online) boleh dibuat melalui Portal Rasmi SPANP di https://espanp2.pahang.gov.my/login “Daftar Permohonan Online”. Sila baca “Panduan Pengguna” dan “Daftar Akaun” terlebih dahulu semasa mengisi permohonan tersebut; atau
ii) Layari https://espanp2.pahang.gov.my/login Sistem Permohonan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Darul Makmur. Pemohon perlu membaca “Panduan Pengguna” dan “Daftar Akaun” terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan tersebut.
3. KETERANGAN AM
3.1 Maklumat kekosongan jawatan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPANP dan Media Sosial Rasmi (Facebook) dari semasa ke semasa
3.2 SPANP melaksanakan Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Darul Makmur, dan permohonan jawatan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.
3.3 Pemohon boleh memohon sehingga lima (5) pilihan jawatan kosong semasa permohonan dilakukan
3.4 Tempoh Sah Laku permohonan adalah selama satu (1) tahun dari tarikh permohonan didaftarkan.
3.5 Sekiranya terdapat sebarang perubahan atau pengemaskinian terhadap permohonan tersebut, tarikh permohonan akan dikira bermula dari tarikh perubahan atau pengemaskian dilakukan.
3.6 Hanya calon melepasi syarat tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga.